Wednesday, September 2, 2009

STATISTIK HIV / AIDS MENGEJUTKAN KITA !!!










Kes HIV / Aids mula dilaporkan di Malaysia pada tahun 1968.

Terdapat tiga cara HIV boleh berjangkit:

· Melalui hubungan seks anal, oral, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang
dijangkiti

· Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti

· Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan


** HIV tidak boleh berjangkit melalui aerate, air liur dan peluh


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia, lelaki adalah golongan yang paling ramai dijangkiti HIV dan Aids. Berlaku peningkatan bilangan pesakit wanita yang dijangkiti HIV /Aids sehingga kini, manakala berlaku penurunan bilangan pesakit lelaki. Kebanyakkan pesakit terdiri dari mereka yang berumur antara 30-39 tahun, manakala golongan kanak-kanak berusia 2 tahun kebawah merupakan golongan yang paling sedikit dijangkiti HIV / Aids. Jika dilihat dari segi kumpulan etnik pula, bangsa Melayu merupakan golongan yang paling ramai dijangkiti HIV / Aids iaitu 60,777 (HIV) dan 8,558 (Aids) orang. Bagi sektor pekerjaan pula, golongan yang bekerja di sektor buruh kasar merupakan sektor tertinggi dijangkiti penyakit HIV / Aids.


Penyakit ini boleh berjangkit melalui pelbagai cara atau transmisi. Transmisi berdasarkan faktor risiko yang paling utama ialah IDU (Injection Drug User). Melalui statistik yang diberikan, didapati bahawa kes jangkitan HIV semakin menurun mulai tahun 2002 manakala bagi kes Aids pula, statistiknya sentiasa naik dan turun mengikut tahun. Berlaku peningkatan yang mendadak pada tahun 2007 dan turun semula pada tahun 2008.


Jika kita lihat statistik HIV / Aids mengikut negeri-negeri di Malaysia, negeri Kelantan mencatat populasi yang paling ramai dijangkiti HIV pada tahun 2006 dan 2008, manakala pada tahun 2007 negeri Selangor mencatat populasi paling tinggi dijangkiti HIV.



Untuk maklumat mengenai HIV/AIDS:

http://www.thebody.com/

http://www.who.int/hiv/en/

http://onfosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/HIV_AIDS.php



Rujukan:

http://www.mac.org.my/

No comments:

Post a Comment