Tuesday, October 20, 2009

WARGA TUA DAN GERONTOLOGI

Menurut World Assembly On Ageing, 1982 :

Warga Emas Golongan yang berumur 60 tahun dan ke atas.

Gerontologi Kajian ke atas aspek sosial, psikologi dan biologi kepada orang tua


HARI WARGA TUA KEBANGSAAN PADA

1 OKTOBER SETIAP TAHUN


JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

v Merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

v Bertindak dalam memberi bantuan kepada GOLONGAN WARGA EMAS, orang kurang upaya, fakir miskin, anak yatim dsb.

v Memberi alat bantuan seperti :

@ kaki dan tangan palsu

@ tongkat tangan

@ kerusi roda

@ alat pendengaran

@ cermin mata khas

@ kasut khas

@ calipers

v Bantuan kewangan sebanyak RM300

v Institusi berkaitan adalah:

a. RUMAH SERI KENANGAN (RSK) :

Institusi yang beri perlindungan dan penjagaan kepada warga tua.

b. RUMAH EHSAN (RE) :

Memberi perlindungan dan penjagaan kepada warga tua yang sakit melarat atau terlantar.


DASAR WARGA TUA NEGARA

Bertujuan untuk mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera dan bermaruah di samping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga, masyarakat dan negara.


AKTA :

Ø Akta Orang Papa 1977 (akta 183)

Ø Akta Pusat Jagaan


KAEDAH :

Ø Kaedah Pengurusan Rumah Orang Tua 1983

Ø Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang Papa 1983

Ø Kaedah Rumah-rumah Pesakit melarat 1978


PENYAKIT YANG BIASA DIALAMI OLEH WARGA TUA

v Penyakit 3 serangkai - darah tinggi, diabetis dan sakit jantung

v Dementia - masalah keupayaan kognitif yang wujud bersama masalah emosi

v Drug abuse - terlalu bergantung kepada ubat-ubatan

v Parkinson - mempunyai masalah berkaitan saraf dan otot.

v Anxiety - mempunyai masalah tidur

v Alzheimer - memberi kesan kepada ingatan cth : nyanyuk.


PERANAN PEKERJA SOSIAL (PS)

Ø PS sebagai avokator( penghubung) kepada warga tua untuk mendapat sumber-sumber yang diperlukan

Ø PS gerontologi membantu mengurangkan kebergantungan,meningkatkan autonomi dan martabat warga tua.

Ø Ps akan memberikan kaunseling dan dapatkan rawatan psikoterapi.

Ø Membantu mendapatkan bantuan makanan, kesihatan, kewangan dan rumah jagaan.

Ø Membantu warga tua yang menghadapi masalah penderaan

Ø Membantu dalam memberi sokongan kepada warga tua yang sudah bersara.

Monday, October 19, 2009

CABARAN KEBAJIKAN SOSIAL MASA KINI DAN AKAN DATANG

Dalam kita membincangkan hal mengenai Kebajikan Sosial di Malaysia, pelbagai bentuk cabaran yang boleh kita perhatikan melaluinya. Untuk mengenalpasti apakah cabaran-cabaran yang wujud itu, kita perlu merujuk kepada definisi kebajikan sosial itu terlebih dahulu. Kebajikan Sosial merupakan satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun dan terancang. Ia direka untuk membantu individu dan kumpulan mencapai taraf hidup dan kesihatan yang standard serta hubungan sosial dan perorangan yang membenarkan mereka membina kapasiti dan mempromosikan kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga dan masyarakat.


Cabaran pertama yang dapat dilihat adalah dari segi penggubalan dasar. Di Malaysia, telah wujud Dasar Kebajikan Masyarakat Negara yang bertujuan untuk menggalakkan kesejahteraan rakyat serta kestabilan masyarakat bagi mewujudkan keadilan sosial. Masalahnya wujud apabila Negara kekurangan tenaga pakar yang terlatih untuk menjalankan misi bagi mencapai matlamat dasar tersebut. Tenaga pakar yang dimaksudkan adalah pekerja sosial. Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia bidang kerja sosial masih belum meluas dan tidak ramai yang tahu mengenainya. Maka, sukar bagi pekerja sosial yang bilangannya terlalu kecil ini untuk menjalankan tugas yang diamanahkan. Polisi sosial juga perlu diteliti semula agar kerelevenannya boleh diaplikasi dan digunapakai seiring dengan peredaran zaman. Ini kerana, masalah yang muncul saban hari mungkin sama dari zaman ke zaman, tetapi kaedah dan pendekatan untuk mengatasinya berbeza bergantung kepada persekitaran masa kini yang semakin maju dan serba moden.


Kebajikan sosial penting bagi sesebuah masyarakat untuk memastikan sistem masyarakat sentiasa berfungsi dengan baik dan stabil. Ia melibatkan khidmat sosial kepada individu dan keluarga yang memerlukn serta membaik pulih institusi sosial. Antara golongan yang menjadi fokus dalam kebajikan sosial adaalah kanak-kanak, remaja, pesalah sosial, mangsa jenayah, orang kurang upaya, orang miskin, warga tua, wanita, penagih dadah dan sebagainya. Setiap golongan ini memerlukan kemahiran dan pendekatan tertentu dan berbeza untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Contohnya kanak-kanak, dalam proses membantu golongan ini, penekanan diberikan dalam aspek perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi mereka supaya mereka dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai dan dapat membantu mereka membuat hala tuju yang positif seiring dengan peningkatan usia mereka.


Kebajikan sosial juga berkait rapat dengan pelbagai institusi menolong. Jika kita lihat pada hari ini, semakin banyak agensi-agensi ditubuhkan untuk membantu masyarakat terutamanya NGO. Namun begitu, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh NGO-NGO ini adakah dapat memenuhi dan mencapai matlamat kebajikan sosial? Justeru, cabarannya di sini, perlu ada badan pemantau khas bagi memastikan NGO-NGO ini menepati standard piawaian tertentu dalam memberikan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan. Jika diperhatikan di jabatan-jabatan kerajaan terdapat sistem ISO untuk menjamin kualiti perkhidmatan, mungkin juga NGO-NGO ini perlu diperkenalkan dengan sistem ISO supaya kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.


Kesimpulannya, untuk menjamin keberkesanan serta mencapai matlamat kebajikan sosial di Malaysia, semua pihak terutamanya kerajaan, pekerja sosial dan ahli komuniti perlu berganding bahu membuat perubahan serta menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu golongan yang memerlukan ini. Sekiranya cabaran-cabaran ini dapat diatasi dan perkhidmatan yang sedia ada dapat dipertingkatkan, tidak mustahil satu hari nanti Malaysia akan berjaya menjadi sebuah Negara kebajikan sebagaimana yang dilakukan oleh Negara-negara maju lain seperti Barat.



Rujukan:

Samir Muhazzab Amin & Winny Abdul (2009). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan: Pengantar Kerja Sosial. KL: Utusan Publications & Dist. Sdn. Bhd.